Search This Blog

Wednesday 13 July 2011

Permulaan....

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh,
              Kepada saudara saudari yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian. Kita ini diibaratkan seperti orang yang sedang berlayar dilautan yang tidak berapa luas. Ataupun seorang pedagang yang singgah di suatu tempat yang khas untuk mendapatkan bekalan untuk dibawa kepada raja yang Agung. Setiap pelayar ingin pelayarannya berjalan dengan lancar. Tetapi adakah semua pelayar akan melalui lautan tanpa berdepan dengan masalah? Sudah semestinya tidak. Setiap pelayaran mesti menempuh dugaan-dugaan seperti ombak besar dan sebagainya.
               Sesiapa yang dapat menempuh dugaan-dugaan tersebut dengan sabar dan tidak berputus asa, sudah pasti akan menemui kejayaan dalam pelayarannya. Begitu jugak seorang pedagang yang ingin mencari bekalan untuk dihadapkan dihadapan raja. Dia memerlukan bekalan yang paling indah dan berguna untuk menyukakan rajanya.  Dan bukan mudah untuk memilih bekalan tersebut mengikut kemahuan rajanya. Tetapi rajanya sudah memberikan panduan apa yang perlu dibawa olehnya kepada rajanya. Tidak mudah baginya untuk mengikut panduan rajanya jikalau jauh daripada raja. Tetapi sesiapa yang yakin akan janji-janji rajanya pasti akan mengikut panduan dan kehendak rajanya walaupun banyak godaan-godaan daripada musuhnya. Itulah pedagang-pedagang yang berjaya.

           Disini apa yang saya ingin perkatakan ialah kita bagaikan seorang pelayar. Kita belayar dibumi yang sementara ini. Bumi diibaratkan seperti lautan yang luas. Kita mesti menggunakan lautan yang luas ini untuk mencapai destinasi yang perlu kita tujui. Dan kita perlu berusaha supaya air lautan tidak masuk dalam kapal kita sehingga kapal kita karam. Maknanya kita boleh gunakan nikmat yang diberikan Allah SWT tetapi jangan sekali-kali memasukkan kecintaan atas nikmat yang sedikit di dunia ini dalam hati kita. Allah tidak menghalang kita untuk mencari kekayaan di dunia tetapi INGATLAH, jangan sesekali kita lupa akan tugas kita sebagai HAMBA. 
          DUNIA ini hanyalah senda gurau dan mainan semata-mata. Dunia ini bukanlah tempat untuk kita jadikan destinasi yang hakiki. Kita hanya menumpang sementara sahaja di dunia ini. Miskin dan Kaya hanyalah UJIAN dari PENCIPTA yang Maha Agung. Dan INGATLAH kejayaan yang hakiki hanyasanya dengan AGAMA. ALLAH Maha Adil. Allah tidak meletakkan kejayaan seseorang manusia dengan kekayaan, pangkat ataupun anak pinak. Tetapi Allah meletakkan kejaan seseorang itu dalam Agama. Setiap manusia boleh membawa agama tidak kiralah miskin, kaya, malah sakit pun boleh membawa agama dalam kehidupan. Jangan kita menganggap kekayaan yang Allah berikan kepada kita disebabkan Allah suka kita ataupun kita miskin Allah benci kita. Tetapi itu hanyalah ujian dari Allah SWT untuk menentukan dimanakah tempat kita di hari kemudian (AKHIRAT).